Resepi Daging Masak Asam




DAGING MASAK ASAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
5 biji bawang merah*
1 labu besar bawang besar*
Sedikit lada hitam*
1/2 cawan air asam jawa pekat
1/2 sudu besar gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Kisarkan halus/blend bahan yang bertanda *
Air secukupnya untuk kuah....agak-agak kuah nampak pekat
3 biji ubi kentang..dikupas kulit dan dipotong 4

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan kisar(*) hingga sedikit garing (naik bau)
Masukkan daging yang telah dihiris & dibersihkan.
Tambahkan gula, air asam jawa... kalau tak suka masam sangat, bolehlah dikurangkan asam jawa.
Masukkan air  sedikit dahulu, renehkan daging seketika &  baru masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit.... kacau sebati.
Masak hingga daging empuk
Untuk tambahan,boleh masukkan ubi kentang yang telah dibelah 4/2.
Masak sehingga ubi kentang empuk & kuah sedikit pekat... kalau lagi pekat, lagi sedap...

Selamat mencuba...

Ulasan