Catatan

Resepi Daging Masak Asam

Imej
DAGING MASAK ASAM Bahan-bahan: 500 gm daging lembu 2 inci halia* 4 ulas bawang putih* 5 biji bawang merah* 1 labu besar bawang besar* Sedikit lada hitam* 1/2 cawan air asam jawa pekat 1/2 sudu besar gula atau secukup rasa garam secukup rasa Sedikit serbuk kunyit Kisarkan halus/blend bahan yang bertanda * Air secukupnya untuk kuah....agak-agak kuah nampak pekat 3 biji ubi kentang..dikupas kulit dan dipotong 4 Cara-cara: Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar(*) hingga sedikit garing (naik bau) Masukkan daging yang telah dihiris & dibersihkan. Tambahkan gula, air asam jawa... kalau tak suka masam sangat, bolehlah dikurangkan asam jawa. Masukkan air  sedikit dahulu, renehkan daging seketika &  baru masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit.... kacau sebati. Masak hingga daging empuk Untuk tambahan,boleh masukkan ubi kentang yang telah dibelah 4/2. Masak sehingga ubi kentang empuk & kuah sedikit pek